"Kerja sangat kemas. Rumah terus nampak premium. Hujan lebat pun tak bising sebab ambil PU Metal. Tukang tak bersepah."
Ubah Rumah Biasa Menjadi
Lebih Premium & Selesa.
Tingkatkan nilai hartanah dan keselamatan keluarga anda dengan kepakaran awning dan fabrikasi besi yang kemas, kukuh, serta kalis cuaca.
5 Perkara Wajib Semak Sebelum Memilih Awning
Ketebalan Besi
Besi struktur wajib minimum 1.6mm hingga 2.5mm. Besi nipis bawah 1.2mm mudah melentur dan berbahaya.
Saiz Beam Utama
Untuk bentangan melebihi 10 kaki, disyorkan menggunakan beam utama 2"x5" atau 2"x6". Pakej Premium pula menggunakan C-Purlin 12"x4" dengan Zero Degree Beam untuk kemasan lebih kukuh, kemas dan premium.
Sistem Saliran
Kecerunan (pitching) bumbung mesti tepat. Jika tidak, air bertakung, siling berlumut, dan menyebabkan kebocoran.
Hidden Gutter
Gunakan saliran air tersembunyi (flushing GI) supaya air hujan tidak melimpah ke rumah jiran dan rupa luaran nampak moden.
Waranti Bertulis
Pastikan ada jaminan struktur hitam atas putih. Kontraktor "tangkap muat" akan hilang selepas bayaran penuh dibuat.
Kepakaran Kami
Bumbung Awning Premium
Pakar PU Metal / ACP / Metaldeck
Jadikan ruang parkir dan porch anda lebih eksklusif. Melindungi kenderaan dari cuaca ekstrem. Pilihan PU Metal paling digemari sebab terbukti sangat sejuk dan mampu meredam bunyi hujan lebat sehingga 80%.
Pintu Pagar Autogate
Lipat (Folding) & Swing
Design moden atau custom. Rangka besi padat tahan lasak, sedia untuk sistem motor terkini.
Grill Keselamatan
Tingkap & Pintu Utama
Keselamatan adalah keutamaan. Grill dibina padat untuk menghalang sebarang cubaan umpil dari luar.
Kerja Kimpalan Am (Custom Welding)
Kami juga menerima tempahan rekaan besi custom dan khidmat membaiki kerosakan struktur besi sedia ada.
Galeri Projek Sebenar
Kenapa Pelanggan Memilih Kami
✓ Workshop Sendiri
Kami bukan "orang tengah" atau sub-con. Besi dipotong dan dibentuk di kilang kami sendiri di Johor Bahru.
✓ Full Welding (Kimpalan Penuh)
Setiap sambungan dikimpal keliling (bukan spot weld) dan digosok halus demi ketahanan struktur maksima.
✓ Material Premium Gred A
Hanya menggunakan besi tebal (1.6mm - 2.5mm), PU Metal berketumpatan tinggi, dan cat anti-karat berkualiti.
✓ SOP Pemasangan Ketat
Pemasangan pantas (1-2 hari di site), tidak bersepah, dan tapak rumah disapu bersih selepas kerja selesai.
✓ Warranty Struktur Bertulis
Jaminan kualiti minimum 1 tahun. Jika berlaku kebocoran akibat kesilapan teknikal, kami baiki segera.
✓ Quotation Jelas Tiada Hidden Cost
Harga sebut harga adalah muktamad berdasarkan spesifikasi. Tiada caj melampau tiba-tiba di pertengahan jalan.
Perbandingan Pakej Awning
Kami menyediakan beberapa pilihan bajet yang sesuai untuk poket anda. Ingat, makin besar saiz awning, makin tebal besi yang kami wajib guna supaya ia kekal selamat.
1. Pakej Bajet Rahmah
Maksimum saiz: Bawah 260 sqft.
Beam 2"x5" | Tiang Besi Biasa
2. Pakej Standard
Sesuai untuk 200 - 500 sqft.
Beam 2"x5" (1.9mm) | Tiang Stainless
3. Pakej Advance
Untuk binaan besar (Maks 900 sqft).
Beam Lebar 2"x6" (2.3mm Tebal)
4. Pakej Premium B
Sistem Industri Komersial. Tanpa Siling.
C-Purlin 12"x4" (2.5mm) | Hidden Gutter
5. Pakej Premium A
Sistem Eksklusif. Siap Siling.
C-Purlin 12"x4" | Siap PU Ceiling
* Jadual di atas adalah harga anggaran asas pasaran. Harga final bergantung kepada cabaran di tapak lokasi anda.
Kira Anggaran Kos Anda
Pilih jenis binaan, masukkan ukuran tapak, dan semak bajet asas (sebelum diskaun atau sebut harga akhir).
1. Masukkan Ukuran Tapak
2. Pemilihan Gred Material
Tambahan Estetika (Pilihan)
Bajet Kasar
Auto CalculationButiran Spesifikasi Teknikal:
Anggaran Keseluruhan
- Anggaran pasaran semasa
- Berdasarkan spesifikasi dipilih
- Termasuk pemasangan
- Hantar gambar rumah untuk quotation tepat.
Google Review Pelanggan
"Tak ambil shortcut. Memang puas hati. Harga dia berbaloi sangat dengan kualiti kerja full weld yang dia bagi."
"Datang tepat masa dan siap seperti dijanjikan. Quotation jelas tak ada caj mengarut tiba-tiba. Susah nak cari kontraktor jujur."
"Pagar autogate pasang laju dan kemas. Material berat dan kukuh, bukan jenis tin kosong. Sangat rekomen Budak Perisai."
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah ukuran tapak dikenakan caj?
Tidak. Sesi lawatan & ukuran tapak (site visit) adalah 100% percuma untuk kawasan operasi kami di sekitar Johor Bahru. Tiada paksaan atau komitmen jika anda tidak bersetuju dengan sebut harga akhir.
Berapa lama masa yang diambil?
Kerja memotong dan kimpalan di bengkel kami mengambil masa sekitar 5-10 hari bergantung saiz. Apabila tiba di rumah anda, pemasangan siap dalam masa 1 ke 2 hari sahaja supaya tak mengganggu keluarga anda lama-lama.
Adakah harga kalkulator ini muktamad?
Kalkulator ini direka supaya anda nampak anggaran bajet. Harga akhir yang sebenar bergantung kepada tahap kesukaran dan keadaan fizikal sebenar di rumah anda. Boleh hantar gambar kepada kami untuk kepastian.
Adakah anda cover kawasan luar Johor Bahru?
Kami fokus operasi di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kulai, Iskandar Puteri dan Pontian. Untuk projek berskala besar di luar kawasan ini, boleh hubungi kami untuk perbincangan.
Adakah material yang digunakan anti-karat?
Ya, kami menggunakan besi Galvanized Iron (GI) dan salutan cat berkualiti tinggi yang direka khas untuk tahan cuaca Malaysia bagi mengelakkan karat untuk jangka masa panjang.
Bagaimana proses bayaran dibuat?
Proses bayaran dibahagikan secara berperingkat (progress claim). Deposit untuk tempahan material, dan baki dibayar setelah pemasangan siap sepenuhnya dan berpuas hati.
Lokasi & Waktu Operasi
Waktu Operasi
Kawasan Perkhidmatan
Johor Bahru, Skudai, Iskandar Puteri, Kulai, Pontian, dan kawasan sekitar.
No 40 Blok B2
Pusat Perniagaan Taman DahliaJalan Persisiran Dahlia
81200 Johor Bahru, Johor
Gerai Statik No.1
Jalan Perdagangan 9Taman Universiti
Skudai, Johor
LOT 5824
TL JSP 17, Kg PeradinTeluk Kerang
82000 Pontian, Johor
Hubungi Kami
Isi borang di bawah untuk menghantar maklumat sebut harga terus melalui WhatsApp.